MANUSIA
Menjadi seorang manusia bukan suatu perkara mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi meskipun ia hanyalah 'sedikit' cabaran sahaja. Perkara ini dilalui oleh pengarang sendiri dimana terdapat 1001 kisah hidup yang menarik untuk diambil peduli. Pengarang tidak berhasrat untuk menceritakan dengan panjang lebar. Kehidupan adalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang melibat seseorang, sama ada seseorang itu mengambil bahagian dalam menjayakan apa yang anda diimpikan atau hanya memberi sokongan ke atas anda untuk meneruskan pengorbanan yang mana pengorbanan tersebut berupaya untuk menjayakan sesuatu komuniti atau hanya untuk diri anda sendiri. Tindakan yang dikatakan sebagai pengorbanan itu mungkin akan menjentik hati seseorang dalam bentuk baik atau tidak baik. Bagaimana pun, sekiranya ia masih dilandasan yang betul, teruskan sahaja kerana tidak ramai dari kalangan sahabat atau keluarga anda yang mengetahui matlamat atau tujuan utama anda dalam mer...