MANUSIA

Menjadi seorang manusia bukan suatu perkara mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi meskipun ia hanyalah 'sedikit' cabaran sahaja. Perkara ini dilalui oleh pengarang sendiri dimana terdapat 1001 kisah hidup yang menarik untuk diambil peduli. Pengarang tidak berhasrat untuk menceritakan dengan panjang lebar.

   Kehidupan adalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang melibat seseorang, sama ada seseorang itu mengambil bahagian dalam menjayakan apa yang anda diimpikan atau hanya memberi sokongan ke atas anda untuk meneruskan pengorbanan yang mana pengorbanan tersebut berupaya untuk menjayakan sesuatu komuniti atau hanya untuk diri anda sendiri.

   Tindakan yang dikatakan sebagai pengorbanan itu mungkin akan menjentik hati seseorang dalam bentuk baik atau tidak baik. Bagaimana pun, sekiranya ia masih dilandasan yang betul, teruskan sahaja kerana tidak ramai dari kalangan sahabat atau keluarga anda yang mengetahui matlamat atau tujuan utama anda dalam merealisasikan impian anda. Berkemungkinan ia akan menyakitkan hati-hati kecil yang iri hati dalam usaha anda untuk berjaya. Jangan lah dihiraukan hati-hati tersebut kerana setiap kejayaan perlulah berkorban.

   Sebahagian manusia lebih gemar untuk menjadi tinggi dengan menjatuhkan orang lain, tetapi anda tidaklah perlu begitu risau jika anda adalah orang yang dijatuhkan itu. Mungkin anda perlu lebih risau akan perbuatan anda yang menyusahkan orang lain untuk menjadikan hidup anda menjadi senang-lenang. Anda tidak perlulah takut akan sesuatu yang telah anda korbankan jikalau anda lebih jelas akan sesuatu yang anda harapkan itu berhasil.

Popular posts from this blog

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) I KESATRIA NEGARA

Buah Hatiku

Happy Pills