Buah Hatiku

Fatin Nur Ain Binti Noor Nazimuddin Iskandar Shah. Seorang wanita yang pemalu yang pernah ku temu. Kata-katanya yang penuh berlapik ketika dilontar, bukan nak dionar... Tapi itulah kenyataan.

Entah bagaimana, aku tak pernah menyukai mana-mana wanita selepas aku ditinggalkan si dia. Wanita yang ku cinta sekarang bukan lah wanita pertama. Betul lah seperti yang diucapkan, yang pertama tak semestinya menjadi yang terakhir... Kadang-kadang, yang terakhir adalah yang lebih baik.

Benar, tersirat perasaan dihati ingin menjadikan si dia sebagai isteri. Benar, aku telah berkorban apa yang aku ingini demi si dia yang ku cintai.

Masing-masing mempunyai cemburunya yang tersendiri. Mungkin itu adalah sesuatu yang tak disangka, gurauan semata-semata dan ianya beralih menjadi sensitiviti. Aku tahu dimana silapku.

Bermulanya kisah diantara kita yang banyak menjadi tanda tanya. Bermulanya hanya untuk memberi impak besar kepada sebahagian pihak. Pihak yang tak pandai menghargai, apatah lagi untuk mencintai. Bertepuk sebelah tangan bukanlah pilihan yang bijak jika antara kita hanya melayari hidup bersama tanpa perasaan yang sama. 

Berkongsi pengalaman dan kehidupan. Tanpa niat dihati.

Buah hatiku. Kau banyak mengubah perjalanan hidupku.


Comments

Popular posts from this blog

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) I KESATRIA NEGARA

Happy Pills