Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) I KESATRIA NEGARA

Menjadi seorang komander bukan suatu perkara mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi meskipun ia hanyalah komander dibawah naungan UiTM sahaja. Kursus LIBK ini dilalui oleh pengarang sendiri dimana terdapat 1001 kisah hidup yang menarik untuk diambil peduli. Pengarang tidak berhasrat untuk menceritakan dengan panjang lebar.

   LIBK ini berlangsung selama ∓2 minggu termasuk PRA-LIBK dimana ia akan berlangsung di cawangan masing-masing dan seterusnya beralih kepada cawangan pusat. PRA-LIBK ini bertujuan untuk mencari pelapis yang sesuai setanding dengan gelarannya sebagai seorang komander. Ketika itu, peserta-peserta akan dilatu habis-habisan dari segi mental dan fizikal. Adalah dinasihatkan agar tidak menyertai badan beruniform berkenaan hanya untuk memenuhi kehendak keluarga atau tidak direstui keluarga atau kelayakan fizikal tidak memenuhi kehendak, terutamanya bagi golongan siswi, kerana ramai perserta yang tewas adalah dari golongan 'terpaksa rela' yang ingin mencuba. Juga diingatkan bahawa hidup ini melibatkan pilihan dan pilihan itu bukanlah permainan, lalu akan menyusahkan orang disekitarnya sekiranya cubaannya tidak berhasil.

   Komander tidak mempunyai banyak masa untuk belajar dan perlu untuk mencuri masa demi mendapatkan pointer yang terbaik. Siswa dan siswi bukan sahaja ingin mendapatkan gelaran komander tetapi juga gelaran dekan sesuai dengan gelaran mahasiswa universiti. Komander akan lebih dihormati sekiranya dia dapat memimpin dengan baik dan mempunyai daya ketahanan yang sangat tinggi secara mental dan fizikal.

   'Salah seorang,Salah semua'. Itulah ungkapan yang sesuai diungkit apabila terdapat salah seorang dari platun membuat kesalahan dan kami perlu bertanggungjawab di atas kesalahan tersebut. Terdapat juga pengiring(pembantu jurulatih) yang sengaja mencari kesalahan bodoh untuk memaksa pengarang dan rakan-rakan berjemur di tengah panas. Contohnya, pengarang perlu berlari ke dalam pusat islam semasa boot masih disarung dalam masa kurang dari 3-10 saat. Ia sengaja dibuat begitu agar penjemuran platun dapat direalisasikan. Mana mungkin perkara itu berlaku. Langsung tidak masuk akal. Juga dinasihatkan kepada komander-komander agar tidak mencari kesalahan platun agar tidak terjumpa kebodohan komander yang terserlah. Jikalau komander berhasrat untuk hell platun-platun, tidak perlulah mencari kesalahan yang tidak wujud. Ia perlu diberi arahan untuk Plank atau laksanakan apa jua tindakkan lalu platun akan membuatnya dengan sebaik mungkin. Platun juga bukanlah adik kecil yang menagihkan susu dari lembu. Mereka tidaklah terlalu tertekan dengan tindakkan komander jika komander memberi sebab yang muhasabah. Terdapat juga platun yang tergantung sepi di 'skuad sakit', pengsan, depression, meracau dan migrain. Itu adalah communication skills yang perlu ada bagi setiap komander. Psycho Skills akan pengarang kongsikan di blog seterusnya. Komander dan platun diibaratkan sebagai sebuah keluarga, tidak perlu untuk menyakiti antara satu dan lain. Lalu mereka akan menjadi komander suatu hari nanti dan berganding bahu dengan komander yang sudah legend, takut pula diberi tahi akibat dendam yang terdahulu. Perkara ini perlu difikir jauh sebagai seorang komander. Peserta yang lurus bendul tidak sesuai untuk menikmati program ini. Sekian.

   ROM WAS NOT BUILT IN A DAY! GOOD THINGS TAKE TIME! Inilah ayat yang selalu pengarang sebutkan sepanjang kem. Komander inginkan perkara yang terjadi ini perfect walhal mereka bukan perfectionist. Mereka lebih lantang bertutur dari tindakkan. Tips untuk dihormati adalah dengan menghormati orang lain. Walau setinggi mana kita melangkah, ingatlah orang dibawah yang sedia menyambut kamu ketika kamu jatuh. Tetapi tidak semua adalah kesalahan komander, platun-platun lembab juga terlibat hal tersebut. Tidak hairanlah jikalau kena hell pukul 4 pagi. Seperti yang dijanjikan, komander menyuruh platun untuk berkumpul pukul 5.30, tetapi yang datangnya pukul 6. Memang habuan lah. Menjadi perkara normal jikalau tidak mandi 3-4 hari kerana anda akan tidak mempunyai masa untuk bersiap dan bersolek. Kadang kala tidur memakai pakaian keesokan harinya siap berstokin.

   Setiap malam akan ada aktiviti 'water drill' iaitu meminum air sebanyak 1.5liter, ia bertujuan untuk menjaga kesihatan platun agar tidak hidrasi ketika berkawad. Skuad sakit pula ialah platun yang sakit, tidak boleh masuk ke dalam baris kerana mereka sakit. Yang kelakarnya, platun-platun sihat disuruh plank yang mana ramai di kalangan platun-platun menuang dari melakukan aktiviti tersebut manakala skuad sakit perlu berdiri sebelah kaki dan tangan sebelah perlu diangkat ke udara. Bukankah itu lebih menyakitkan? hahaha sedih betul kisah hidup skuad sakit. Tuala wanita hendaklah diletakkan dengan betul di dalam boot untuk mengawasi dari melecet dan stokin tebal/stokin bola juga hendaklah disarung. Dilarang untuk mencuci muka kerana ia akan lebih rosakkan kulit tersebut.

Comments

  1. Kebiasaanya kursus komander buat masa cuti semester ke

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Buah Hatiku

Happy Pills