Posts

Happy Pills

Hi, welcome back. Harini aku nak cerita santai² je.  Takde ayat² baku tapi apa yang aku nak sampaikan tu memang penting bagi aku. Firstly, dinda aku pernah jatuh basikal. That time memang aku rasa bersalah sangat² sebab aku dah cederakan orang yang paling aku sayang. Masa tu ada event larian amal and aku ni sepatutnya jadi emcee untuk event tu. Oleh kerana aku ni formal emcee, so event tu jadi kekok. Jadi, aku pun ditukarkan dengan Daus sebab dia lebih profesional untuk jadi unformal  emcee. Daus ni ajk keselamatan. Ajk yang kena kayuh basikal untuk jaga keselamatan. So, aku dengan dia swap tugas. Aku ambik tugas dia, dia ambik tugas aku. Apa kena mengena dengan dinda? Aku ajak dinda nak basikal sekali time rehearsal sebab aku memang dah takda kerja masa tu. Aku tersangat lah bosan. Dinda pun okay nak kayuh basikal sekali dengan aku. Dia pun asyik kayuh basikal malam tu. Aku busy dengan emcee before swap tugasan. Then, masa kayuh tu. Masih ingat tempatnya di ta...

Buah Hatiku

Image
Fatin Nur Ain Binti Noor Nazimuddin Iskandar Shah. Seorang wanita yang pemalu yang pernah ku temu. Kata-katanya yang penuh berlapik ketika dilontar, bukan nak dionar... Tapi itulah kenyataan. Entah bagaimana, aku tak pernah menyukai mana-mana wanita selepas aku ditinggalkan si dia. Wanita yang ku cinta sekarang bukan lah wanita pertama. Betul lah seperti yang diucapkan, yang pertama tak semestinya menjadi yang terakhir... Kadang-kadang, yang terakhir adalah yang lebih baik. Benar, tersirat perasaan dihati ingin menjadikan si dia sebagai isteri. Benar, aku telah berkorban apa yang aku ingini demi si dia yang ku cintai. Masing-masing mempunyai cemburunya yang tersendiri. Mungkin itu adalah sesuatu yang tak disangka, gurauan semata-semata dan ianya beralih menjadi sensitiviti. Aku tahu dimana silapku. Bermulanya kisah diantara kita yang banyak menjadi tanda tanya. Bermulanya hanya untuk memberi impak besar kepada sebahagian pihak. Pihak yang tak pandai menghargai, apatah lagi untuk...

MANUSIA

Menjadi seorang manusia bukan suatu perkara mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi meskipun ia hanyalah 'sedikit' cabaran sahaja. Perkara ini dilalui oleh pengarang sendiri dimana terdapat 1001 kisah hidup yang menarik untuk diambil peduli. Pengarang tidak berhasrat untuk menceritakan dengan panjang lebar.    Kehidupan adalah sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang melibat seseorang, sama ada seseorang itu mengambil bahagian dalam menjayakan apa yang anda diimpikan atau hanya memberi sokongan ke atas anda untuk meneruskan pengorbanan yang mana pengorbanan tersebut berupaya untuk menjayakan sesuatu komuniti atau hanya untuk diri anda sendiri.    Tindakan yang dikatakan sebagai pengorbanan itu mungkin akan menjentik hati seseorang dalam bentuk baik atau tidak baik. Bagaimana pun, sekiranya ia masih dilandasan yang betul, teruskan sahaja kerana tidak ramai dari kalangan sahabat atau keluarga anda yang mengetahui matlamat atau tujuan utama anda dalam mer...

Latihan Intensif Bakal Komander (LIBK) I KESATRIA NEGARA

Menjadi seorang komander bukan suatu perkara mudah. Terdapat pelbagai cabaran yang harus diharungi meskipun ia hanyalah komander dibawah naungan UiTM sahaja. Kursus LIBK ini dilalui oleh pengarang sendiri dimana terdapat 1001 kisah hidup yang menarik untuk diambil peduli. Pengarang tidak berhasrat untuk menceritakan dengan panjang lebar.    LIBK ini berlangsung selama ∓2 minggu termasuk PRA-LIBK dimana ia akan berlangsung di cawangan masing-masing dan seterusnya beralih kepada cawangan pusat. PRA-LIBK ini bertujuan untuk mencari pelapis yang sesuai setanding dengan gelarannya sebagai seorang komander. Ketika itu, peserta-peserta akan dilatu habis-habisan dari segi mental dan fizikal. Adalah dinasihatkan agar tidak menyertai badan beruniform berkenaan hanya untuk memenuhi kehendak keluarga atau tidak direstui keluarga atau kelayakan fizikal tidak memenuhi kehendak, terutamanya bagi golongan siswi, kerana ramai perserta yang tewas adalah dari golongan 'terpaksa rela' yang ingi...